kawan | bukan lawan |


saya nak kawan ..
yang boleh ketawa sama-sama tak kisah betapa kuatnya saya ketawa.

saya nak kawan ..
yang tahan tengok saya nangis tak kisah berapa lama.

saya nak kawan .. 
yang masa senang dekat dengan saya bukan kerana apa saya ada.

saya nak kawan ..
yang masa saya susah tetap ada tenangkan saya.

saya nak kawan ..
yang mampu layan apa jek saya cerita.

saya nak kawan ..
yang boleh berimaginasi macam saya.

saya nak kawan ..
yang boleh buat saya ketawa bila itu bukan masanya.

saya nak kawan ..
yang bila sedih dia boleh buat lawak apa adanya.

saya nak kawan ..
yang dalam diam dia sentiasa mendoakan saya.

saya nak kawan ..
yang bila senyumnya dia kerana saya bahagia.

saya nak kawan ..
yang terasa sakit seperti saya rasa.

saya nak kawan ..
yang tahu buruk - baiknya saya.

saya nak kawan ..
yang tak segan dengan rupa dan perangai saya.

saya nak kawan ..
yang boleh bawak bergaduh dan reda semula.

saya nak kawan ..
untuk kongsi semua suka dan duka.

saya nak kawan ..
yang faham siapa saya ada dia.

saya nak kawan ..
yang hargai saya apa adanya.

saya nak kawan ..
yang pimpin saya ke syurga bukan neraka.

saya nak kawan ..
yang ajar saya untuk berjaya.

saya nak kawan, yang sayang saya.



4 comments:

Remy hazza said...

kawan sejati sukar dicari... kawan semua boleh kawan... tapi yg susah senang bersama tu yg susah.....
betul kawan lama adalah kawan sejati.......

shazwan: said...

kawan sejati susah nak dicari. kawan time senang banyak, time sedih semua lari. tapi hargailah kwn2 yg ada di sisi kita :)

ausyyaziz said...

Persahabatan itu seperti tangan dengan mata. Saat tangan terluka, mata menangis. Saat mata menangis, tangan menghapusnya.

Amir Rusyaidi said...

Kalau nak berkawan,jangan terlalu simpan dalam hati kawan tu sebab nanti kalau dia tinggalkan kita,kita akan rasa kecewa.Jadi seeloknya kawan je macam biasa sebab kawan yang setia susah nak cari di zaman sekarang ni :)