salahkah aku?


salahkah aku, bila aku cuba mengejar rama rama..
namun terjatuh. pantas kah kau tertawa. 
kata yang aku tak mampu mengejar apa yang aku sukaa.
salahkah kalau aku cuma mengejar cita cita..
salahkah aku, bila mana aku mulai nak merasa bahagia.
dan kau balas dengan segenap rasa derita. yang aku tahankan sekuat jiwa.
namun kau hina dan ketawa. sebab permainan cinta yang kau hulur jua?
salahkah aku, bila aku mulai menanam rasa cinta.. 
tapi kau racunkan dengan bisanya dusta.
sakit hati aku tapi kau cuma kata macam tak ada apa apa.
sebab bagi kau, yang salah itu cuma aku saja.
salahkah aku, kalau aku cuma nak sedikit rasa percaya.
biar kuat pegangan yang aku bina, biar indah prinsip di dada.
tapi kau balas dengan selautan rasa curiga. 
kau curah sedikit sedikit sehingga aku tenggelam dalamnya.
salah kah aku, kalau aku cuba menjadi seadilnya? 
memberi sedikit hati pada mereka yang memerlukan juga.
namun kau tamak dan mahukan semuanya.
sehingga tiada kepingan hati untuk mereka yang aku cinta?
salahkah aku, kalau aku cuma insan biasa. yang dilahirkan sebegini rupa.
tapi kau persoalkan seolah rupa ini bukan aku yang layaknya empunya?
dan kerana itu, segala hidupku kau buat huru hara? salahkah aku mempunyai rupa?
dan salahkah aku, kalau aku cuma minta sedikit sahaja rasa cinta.
bilamana aku rasa aku jugak layak mencinta dan dicinta.
tapi kau taburkan dengan bermacam prasangka.
hingga diri rasa aku cuma manusia lemah yang perlu hidup sendiri tanpa cinta. salahkan aku?
salahkah aku, bila aku menangis meratapi nasib ke pada YANG ESA?
hanya meminta sedikit rasa lega, hanya memohon memiliki cinta-NYA,
dan permudahkan hidupku buat selamanya?
dan kau buat seolah olah aku lupa, yang aku juga manusia ada agama.
bila aku menangis kerana pedihnya tusukan di jiwa. kau cuma seolah olah paham seketika.
lusanya makin parah dan deras tangisan di jiwa.
salahkah kalau aku cuma melepaskan sendu rasa merana?
salahkah aku lahir ke dunia, meski hanya untuk sementara. 
dan kau seolah meminta aku pergi secepatnya.
salahkah aku bersedih kalau itu pengubat derita?
salahkah?