salahkah aku?


salahkah aku, bila aku cuba mengejar rama rama..
namun terjatuh. pantas kah kau tertawa. 
kata yang aku tak mampu mengejar apa yang aku sukaa.
salahkah kalau aku cuma mengejar cita cita..
salahkah aku, bila mana aku mulai nak merasa bahagia.
dan kau balas dengan segenap rasa derita. yang aku tahankan sekuat jiwa.
namun kau hina dan ketawa. sebab permainan cinta yang kau hulur jua?
salahkah aku, bila aku mulai menanam rasa cinta.. 
tapi kau racunkan dengan bisanya dusta.
sakit hati aku tapi kau cuma kata macam tak ada apa apa.
sebab bagi kau, yang salah itu cuma aku saja.
salahkah aku, kalau aku cuma nak sedikit rasa percaya.
biar kuat pegangan yang aku bina, biar indah prinsip di dada.
tapi kau balas dengan selautan rasa curiga. 
kau curah sedikit sedikit sehingga aku tenggelam dalamnya.
salah kah aku, kalau aku cuba menjadi seadilnya? 
memberi sedikit hati pada mereka yang memerlukan juga.
namun kau tamak dan mahukan semuanya.
sehingga tiada kepingan hati untuk mereka yang aku cinta?
salahkah aku, kalau aku cuma insan biasa. yang dilahirkan sebegini rupa.
tapi kau persoalkan seolah rupa ini bukan aku yang layaknya empunya?
dan kerana itu, segala hidupku kau buat huru hara? salahkah aku mempunyai rupa?
dan salahkah aku, kalau aku cuma minta sedikit sahaja rasa cinta.
bilamana aku rasa aku jugak layak mencinta dan dicinta.
tapi kau taburkan dengan bermacam prasangka.
hingga diri rasa aku cuma manusia lemah yang perlu hidup sendiri tanpa cinta. salahkan aku?
salahkah aku, bila aku menangis meratapi nasib ke pada YANG ESA?
hanya meminta sedikit rasa lega, hanya memohon memiliki cinta-NYA,
dan permudahkan hidupku buat selamanya?
dan kau buat seolah olah aku lupa, yang aku juga manusia ada agama.
bila aku menangis kerana pedihnya tusukan di jiwa. kau cuma seolah olah paham seketika.
lusanya makin parah dan deras tangisan di jiwa.
salahkah kalau aku cuma melepaskan sendu rasa merana?
salahkah aku lahir ke dunia, meski hanya untuk sementara. 
dan kau seolah meminta aku pergi secepatnya.
salahkah aku bersedih kalau itu pengubat derita?
salahkah?



10 perkara bukti lelaki itu rumit

jika kita melayannya dgn baik, dia fikir kita jatuh cinta kepadanya. jika tidak, kita akan di anggapnya sombong.
jika kita berpakaiaan cantik,dia fikir kita sedang cuba utk menggodanya.jika tidak, dia kata kita kekampungan.
 jika kita berdebat dgnnya, dia kata kita keras kepala. jika kita berdiam diri, dia kata kita takde IQ tinggi.  
 jika kita lebih pintar drpadanya, dia akan jatuh air muka. jika dia yg lebih pintar, dia cakap dia hebat.
jika kita tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkan kita bermati-matian. jika kita mencintainya, dia akan cuba utk meninggalkan kita.
jika kita beritahu masalah kita, dia kata kita menyusahkan. jika tidak, dia tuduh kita tidak mempercayainya. 
jika kita cerewet padanya,dia anggap kita seorang pengasuh. jika dia yg cerewet pada kita, itu kerana dia mengambil berat.
jika kita mungkir janji kita, kita tidak boleh dipercayai. jika dia yg ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.
 jika kita menyakitinya, kita sangat kejam. jika dia yg menyakiti kita, itu kerana kita terlalu sensitif dan terlalu sukar utk dijaga hati.
jika wanita tujukan ini pada mana-mana lelaki, mereka pasti bersumpah semua ini tidak benar..!! kan? haha ;P

setelah kau pergi..


tiga hari berlalu,
tiap tiap subuh yang hening itu,
sangat sunyi tak seperti selalu.
lelap mata terjaga membisu,
bukan mahuku membiarkan lenaku terganggu,
tp bayanganmu.
yg mengusik halus kerdipan mataku,
membelai lembut ingatanku,
membuat malamku bukan selena dulu.
tiga hari berlalu,
saat kau mule pergi meninggalkanku,
sikit sikitku menangkap erti,
yg cinta itu tak mungkin kembali.
biar kuat hati masih menginginkanmu,
biar kuat cinta mahukan kasihmu,
pergi pergi,
aku tak mahu.
pergi lah kau sejauh mahumu,
kerna aku pasti,
setelah subuh kali ini,
mata ini akan tertutup sendiri,
melenakan hati yg kurasa mati,
tangan ini tidak akan menarikmu lg.
kata kata tidak akan menghalangmu pergi.
setelah kau pergi,
baru ku yakin, 
dunia masih punya banyak erti.
kerna,
cinta sejati akan datang tanpa di cari.

kenapa lelaki tak setia

dasar perangai macam musang    
spesis yg macam ni banyak sesangat. tapi biasenye 
dorang ni akan ade sorang je steady Gf dlm hati dorang.
cuma kekadang bile ternampak minah2 yang 
berdahi licin & berpakaian sendat sampai nampak itu ini,
haaa mulelah layar kapal dia tu melencong sikit.
elok2 nak ke kutub utara, silap2 smpai ke laut china selatan!

 kecewa dengan gf sendiri    
mungkin lah tersangat-sangat kuciwa dgn perangai gf,
terlalu kuat mengongkong atau perangai mcm tetttt!
korang pon mncarik stock lain yang kononnye
akan lebih memahami korang. huh alasan!
cube lah telek diri sendiri knpe smpai jadik mcm tuh
dan cubelah perbaikinya. Tapi kalo da memang
tak makan saman gf korang tu, blah ajelah!

 miang plus sunyi macam ulat bulu    
Long Distance Relationship. bile da jauh, lelaki yg kesunyian
macam tanah gersang ni hai mulelah buat hal.
mule lah nak merenyang semacam jek!
mulelah buat alasan tak dapat kaseh sayang secukupnyelh,
tak dapat perhatian lah, terasa diabaikanlah, blah blah blah!

 bosan dengan gf sendiri    
spesis ni memang langsung tak bergune.
memang patut menerima pelempang 748924 bijik!
cube pegi tanye kt gf2 korang, pernah tak gf2 korang 
sesekali bosan gn korang. pi tanye sekarang!
mungkinla ade sikit kebosanan kadang2 tuh dgn perangai
korang mcm !@#$%^, tapi takdelah smpai tahap nk carik
spare part kiri kanan depan belakang ats bwh luar dalam.
sekiranya dia myatakan, '' iyer, i da bosan dgn u ''.
sile lah balas balik, '' i lagilah bosan dgn u. berjimba-jimba!''

 bajet hot macam aaron aziz    
oit! hang engat hang hot sangat ka? pi la cermin sat diri tu noh. tade cermin? 
pi rompak bank hang beli lah sebanyak mana hang mau.
kalo hang rasa da kompem hot mcm aaron aziz,
hang pi lah test market hang tuh.
kot-kot ade yang berminat nak membida hang. kehkeh!


ehem! mesti korang akan cakap,
alaaa perempuan pon dua kali seploh aje perangainye.
maybe betul lah kalau trbalikkan situation kt ats pade berlainan jntina.
syaa bagi contoh lelaki sebab syaa perempuan! hoho ;D

                                

  senang sesuatu tu nak dapat,senang jugak sesuatu tu terlepas dari genggaman kita.
carik lah seseorang yang sangat susah terpaut pada kita sampai kita kene
berusaha sejuta macam cara untuk memenangi hati si dia. sebabnya,
pasti si dia jugak akn susah nak terpaut hatinya pade orang lain =')

                                 

bila da dapat tuh, yang penting adalah macam mana cara nak mengekalkan sesuatu perhubungan tu, bukan nak memporak-porandakan hubungan tuh.
bertanggungjawab lah ke atas komitmen terhadap sesuatu perhubungan tu.eh macam pelik je ayat aku =,=' kalo rasa nak main2, buat stock aje, terus terang. tak payah nak sakitkan hati orang lain. pahammmmmmmm?!


sekian. okbai.

Mr. Saxobeat by Tasha & Syed Shamim

pagi-pagi dok online. pusing punye pusing terjumpe sesuatu yg ohsem!! terus jatuh cinta beb!
mmg gempak la. paling best aku rase. omputeh nyanyi xbest! 
oh. syed shamim! anda sungguh comel! terpikat terus dengan senyuman manismu itu ^_6


tahniah sebab memang power gila bawak lagu ni. best sesangat!

eh. lagu ni pun bagi aku sweet jugakla. heeeee^^


Bermula di Facebook
You IM I dulu taktahu malu
I malas nak layan
So I buat taktahu

You terus cuba dan mencuba
Sehingga I jatuh cinta
Gatalnya diri you
Membuat I terjatuh

Bila kita dah start mengada
Kita selalu keluar sama
Borak panjang panjang
Makan dan tengok wayang

Sikit sikit je I merajuk
You selalu sabar pujuk
Tapi sebenarnya
I cuma test you saja

c/o :
Let me tell you that I love you
And I never wanna wrong you
Take my hand baby
Come, go through with me
Let me tell you that I miss you
And I never wanna lose you
You’re my heart baby
My life is incomplete without you

Dalam pada I gembira
Sometimes I feel so sad juga
Cause you dah berpunya
But I always want you to be mine forever
Please be mine forever


rupa-rupanya shamim ni tahun 1993 and tasha tahun 1992. muda lah dari aku. 
lagu ni je bagi aku best. lagu2 len? 

Ombak Rindu Illahi

Tuhan tolong lembutkan hati hamba
Untuk mencintaiMu seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Menghadapi siksa nerakaMu

Tuhan aku tahu banyak dosaku
Hanya ingatkanMu kala dukaku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatiku untuk cintaMu

Allah..
Ampunkanlah hambaMu
Yang selalu dustakan janjiku
Agar kelak ku takkan di siksa
Kerna dosa-dosa masa lalu

Allah..
Jatuh airmataku
Dan terus mengalir mengiring doaku
Allah..
yang mengampuni segala
Dosa-dosa hamba yang meminta

Hanya mampu berdoa
Moga maghfirah tiba nanti..


Rindu ombak. eh tak. tak. Ombak Rindu versi taubat ni sumpah sungguh touching! maaf ye lagu ombak rindu yg original anda memang tak masuk langsung dalam hati ini.