cinta dan harapan





kelmarin hanya tinggal kenangan
bersama peristiwa semalam
adakah ari ini yang ku tempuh
kan bersinar untuk hari esok


benarlah apa yang telah dikata
penantian itu satu penyiksaan
kepastian mmbunuh kerisauan
ketabahan mendamai keresahan


dalam dada ade bara cinta yang menyala
dalam cinta ada kita berdua
tiade siapa bisa merungkai rindu dijiwa
dengan iman dapat kita membendungnye


hanya kudrat Tuhan
yang bisa menyatukan
dan bisa meleraikan
cinta sesama insan


rahmat kasih sayang
yg amat diharapkan
untuk kite abadikan
kasih di alam cinta bahagia =')

pergilah.. please!


ye
aku ngaku, aku pernah suka kau.
aku ngaku, aku pernah sayang kau.
tapi..
tu sume dulu.

ye
dulu kite bahagia
dulu kita romantis
tapi tu sume dulu.

nak tau sebab ape aku tawar aty kat kau?
sebab diri kau sendiri.
sebab attitude kau!
benar orang kate,
gajah depan mate tak nampak
kuman sekecil-kecilnye tulaa kau nampak.
salah sendiri haram kau tak nampak
salah aku yang ciput jadik besar macam langit ketujuh!
aku tak wat salah tetibe kene tuduh.
bukan sekali,
tapi..
874019467235puluh ratus ribu kali!

maaf?
maaf kau dah tak bermakna lagi.
arini maaf, sok luse wat lagi.
terlalu Murah macam sampah maaf kau.

wehhhh. cukuplaa..
aku da tak larat nak tggung.
kesabaran aku ade hadnya.
mungkin aku lemah,
mungkin aku lembut.
Tapi hati aku keras.
lebih keras dari batu permata.

101percent aku da lupekan kau.
1000percent aku da padam kenangan antara kita
10000percent aku benci kau.
takde percent aku dendam kat kau.

pelisss..
jangan ganggu aku lagi.
da berbulan-bulan aku tak layan kau
tak reti bahase ke weh!
bla r. rimas tau tak!

kalau aku nak balas balek pe kau buat,
da lame aku buat.
tapi aku tak macam kaulah!
aku sentiasa beringat
dunia ni mcm bola.

terima kaseh..
atas tali persahabatan kau
atas kasih sayang kau
atas kenangan indah antara aku dan kau
atas mulut longkang kau!
aku taknak doakan keburukan,
moga kau jumpe org yg ssuai dgn kau =')





please forgive me
i know not what i do
please forgive me
i can't stop lovin' you
don't deny me
this pain i'm going through
please forgive me
if i need ya like i do
please believe me
every word i say is true
please forgive me
i cant stop lovin' you



p/s : love diss songg ^^

being single.. No Hal la!


  • Memangla ada BF ni boleh menambah warna dlm hidup, tapi tak bermakna hidup kita tidak berwarna-warni tanpanya! dalam situasi & waktu tertentu ade kalanya menyandang status SINGLE  Lebih Baik daripada ade Bf! betul takk?? (tak caya ce terai tanye kawan-kawan yg dah kembali single tuu~:)


    • Adanya Bf seringkali MEMBATASI Ruang Pergerakan kita, terutama dlm PERGAULAN. Jika masih ingin bebas berkawan dgn sesape jer, menjadi Single mungkin keputusan yg terbaikkk. Bayangkan stiapkali hang-out brsama kengkawan kaki gossip, u oll kene anto laporan ler pulok! kalo tak anto, senyap jek, bleh jadik gadoo! Menjadi SINGLE, Memberi Ruang kpde u oll mnjalani kehidupan sosial dgn bebas & memilih kengkawan tanpa perlu berasa bimbang tentang perasaan seseorang.


      • Tak dinafikan, mnjadikan hubungan cinta dgn seseorang yg kite sayangi menyeronokkan & m'buatkan hati sentiase berbunga-bunga. Tapi, Kisah cinta TAK SELALUNYA MANIS. Ade Pertengkaran, Perselisihan faham & Cemburu di dalamnye yg mmbuatkan kehidupan kite Menjadi Stress & Depresi. Secara tak langsung ia bukan saje ganggu kesihatan, bahkan u oll jgk mungkin akan kehilangan fokuss trhadap pelajaran & pekerjaan. ( tgh keje trjumpe mamat hensome, kenai gurau senda, bf nmpk, tak ke naya tu. cemburu bute! )


        • Pada yg single atau sering dikatakan ''tak laku'' tu jgn sedih k. u oll tetap bleh mnikmati hidup walaupun blm memiliki seseorang istimewa disisi. Jgn biarkan status single tu jdik penghalang utk u oll brase bahagia. Ade byk cara lain yg bleh u oll lakukan utk mnikmati hidup ni, Inilah waktunye utk u oll mnunjukkan potensi diri semaksimum mungkin. u oll jgk bebas m'jadikan diri sndiri sukses mggapai cite2 serta impian tnpe dipengaruhi sesape pon!


        SINGLE - Jangan Risau hidup Solo, akan ade jodoh terbaikk nantiCouple - hepi sangat ade pasangan? Hepy jgkla STOK DOSE pon maken bertambah!!




        no couple until nikah! ;)



        Dalam setiap kehidupan yang kita tempuhi dengan status yang macam mana sekali pun pasti ada saat yang best serta tak menyenangkan. Apa yg penting, kita harus melaluinya dan berusaha menikmati hidup yang telah tuhan kurniakan untuk kita dengan rasa syukur. Apa saja dugaan yang melanda, hadapi saja dengan senyuman! =^_^=



        Gadis Solehah yang COMEL =)




        Buat awak..
        yakni.. gadis-gadis solehah di seluruh dunia ni tau!
        Hmm.. nak panggil gadis-gadis solehah ini dgn pggilan “awak” boleh?
        Nak bersembang sikit dengan awak .. ada pesanan dari “seseorang”
        Hmm “Seseorang” la.. dia kata.. dia tengah tunggu awak..
        siapa tu yea awak? tunggu ape yea? 
        hmmm.. tunggu la.. hehe ..

        Prolog tentang awak .''pernah tak awak berbisik?''
        awak tahu tak.. yang awak adalah yang terbaik? yang terindah? Pernah tak awak berbisik kat diri
        awak, yakini dan selalu bisikkan “ ya! saya Gadis SOLEHAH yang Comel ! ” ?? =)
        hmm.. tapi tak ke orang kate perasan "comel'' kalau mcm tu??
        hehe.. bukanla awak kene cakap macam tu kat ramai orang atau “cakap kuat-kuat” kat wall - wall
        facebook! tapi itu untuk diri awak sendiri la.. untuk awak sematkan dalam hati je.. sebagai satu
        Motivasi buat awak!
        hehe.. Yup! betul ni.. sebab, semua drpda awak memang yang tercomel! jadi.. awak kenalah
        jaga kecomelan tu.. sebab kecomelan ni.. boleh hilang tau..
        hmm.. betul ni.. boleh hilang..
        ia hilang.. Bila nilai “Solehah” itu dah tak ada pada awak..
        hehe.. it is simple kan? =) So, awak mestila kena sentiasa ada semangat untuk ISTIQAMAH jadi
        INSAN yang SOLEHAH.. Sebab Insan Solehah tu BEST sangat-sangat.. yup! Betul ni, BEST!
        sebab ape yea? hmm .. takpe jom terus membaca molek-molek pesanan “Seseorang” tu.

        Awak & fitrah awak ..
        Fitrahnya awk pasti sama macam kawan2 awak yang lain. Gadis yang sedang meningkat
        dewasa. suka tgk cerita korea. Suka akan coklat. Suka dengan baby. suka bermain dengan
        kucing. eh ..”kitty la!”~ kata awak :) awak kan lebih pandai dalam mencipta panggilan manja terhadap segala yang awak suka dan “cute” kan. lepas tu minat baju-baju 
        cantik, beg tangan, minat jubah-jubah, dan ..
        ~hellooo !!
        tapi bukan yang membazir dan mengada-ngada fasionnya tau! hehe. ~smpat awk mencelah, 
        minat juga pada tudung syiria ..eh, pendekla tudungnya .. tp ada jgk yg tak pendek kan ..
        yang mana yang tidak sampai tutup di paras yang sepatutnya, awak pun mesti akan cari yang lebih
        labuh.. kankankan! hehe.. takpe. bile awak teringin nak pakai apa yang awak suka, awk pun
        pakaila suka2 sahaja kat dalam bilik kalau ianya tak boleh dipakai kat luar. kan .. smbil tgk
        cermin, ”waah, comelnya!” ~ awak berbisik sorang2, sambil tersenyum =) aha! suka juga
        pada kecomelan diri sendiri apabila menonton diri kat cermin dan, bila bersiap-siap sebelum ke
        kelas msti bagi diri awak “terasa” comel terlebih dahulu. hehe .. ye ke?
        Hmm .. tapi, awak hakikatnya hanya selesa dengan penampilan yang tidak sesekali mengganggu
        manusia yang ada 'penyakit' di hatinya kan! dan awak tak suka juga mengganggu mata-mata insan
        yang akhirnya hanya membawa fitnah. kankankan! wah.. Itulah kecomelan sejati ~ berbisik
        sorang-sorang lagi. hihi .. suka sangat-sangat dengan kecomelan ya?!
        hehe.. 
        itu kan fitrah ..

        Ketika kawan2 awak tengok cerita korea (terkadang) awak pun tumpang sekaki jugak kan. Tapi
        awak bukannya '' kaki '' la .. yakni kaki cerita yang melekat sepanjang masa, sebab awak kan ada banyak
        komitmen & pengisian aktiviti yg lebih berfaedah. kan?! Kan Awak suka akan keaktifan ..dan
        pemanfaatan masa .. gerakkan matlamat membina ummah & keunggulan semangat kerjasama
        secomel wonderpet!! (antara cerita kartun yang awak minat jugak tu – hihi. awak selalu cakap, bak
        kate wondrpet, “apa yg penting? Kejesame” ) cumanya kalau dlm bab cerita korea ni.. awk
        tersentuh la jugak kan dgn Hero cerita korea tu.. mungkin awak pernah berbisik.. yang mereka ini
        hensem & cool. kankankan! hehe.. 


        itu kan fitrah..

        Dalam cerita korea awak suka juga cara kisah dan warna-warni kehidupan yang dipersembahkan,
        apatah lagi kalau temanya tentang “CINTA”, tersenyum awak sorang2 menonton babak cinta
        yang mengganggui jiwa awak.. kankankan! macam2 pula yang awak fikirkan.. macam best
        je kalau jadi macam tu.. kankankan! hehe.. 




        itu kan fitrah..


        Dengar pula lagu-lagunya yang membuat hati awk terpesona masa babak best & terikut-ikut dgn
        mood Kekecewaan kalau melodinya beritma 'frust', huhu. betol la kata awak, lagu-lagu korea ni
        macam “Hidup”! Macam boleh berjalan-jalan dalam kapilari darah awak je.. kankankan! hehe..
        'feeling' la tu..

        hehe.. itukan fitrah..

        Tapi.. awak dalam minat-minat kat cerita korea tu.. awak mesti akan berhenti atau tutup cerita tu
        setiap kali masuknya waktu solat kan? eh, pause saja la.. sebab lepas ni nak sambung balik yea? 
        hehe .. tapi awak sambung lepas beberapa ketika la, Lepas awak selesai solat, baca al-Quran &
        selesaikan komitmen2 lain. lepas tu pula awk sekadar berkongsi pandangan suka2 &
        keminatan terhadap Hero2 crita Korea tu itu sesama kawan2 je kan, sambil bergurau-gurau, gosip-gosip. hihi .. sekadar mewarnai masa dlm persahabatan. Tapi awak sesekali tidak berlebih-lebihan, tak la sampai post & share sesuatu mcm HERO yang
        awak puja lagi mengujakan di wall-wall Facebook .. seumpama membuat pengumuman yang “hebat”
        kat tempat awam .. membuat persembahan “nilaian diri” utk tatapan semua. huhu.
        ~hellooo !!
        tiba-tiba kawan awak kata itu suatu yang tak salah la sangat pun, tak mengganggu ketenteraman
        awam pun. hehe .. tapi .. awak bukan jenis mcm tu kan? awak pun nasihatla kawan-kawan awak tu
        ya. jadilah mcm awk yg suka post-post peringatan dari ayat-ayat al-Quran & hadith, gambar-gambar
        petanda kebesaran Allah, perkongsian ilmu, perkembangan dunia islam dan..

        ~hellooo !! 
        tiba2 kawan awk mencelah lagi. “dia pun ada jgk tazkirah-tazkirah tau!” ehehe.. menyampuk aje
        lah! hah .. kalau mcm tu meh ajak kawan awak sekali jadi gadis solehah yang Comel. meh la .. best
        tau. hehe.
        aha, itu pasal Facebook yang kita kadang-kadang tersilap guna .. terlebih, terlalai & terlupa yang
        kita msti jaga betul-betul nilai & maruah utk pameran ramai. huhu. awak, kene la jaga-jaga juga
        kan ;)

        biasalah itukan fitnah .. dan lorong-lorongnya ..

        Awak .. susah tak kalau nak terus ISTIQAMAH jadi Comel ?
        Hari itu ada seorang budak lelaki.. masej-mesej.. hmm, pandainya dia dapat nombor telefon.
        awak mule2 terkejut la kan. hish. curi-curi je no tepon orang. pastu dia ulang2 mesej.
        sehari dua kali lepas makan. macam jadual nak makan ubat antibiotik aje. ish. sibuk je la dia tu
        kan?? eh. sekejap, sekejap!! huh.. ayat-ayat dia Islamik la. wah.. baiknye..
        baiknye. bersungguhnye. bersungguhnye. murninye. murninya.. Caringnya.. Caringnya. cool 
        nye.. coolnye..~
        aduh.. awk teruja sudah. awak suka dah ni. tersentuh sudah. adui awk minat sangat-sangatla
        dengan ayat-ayat yang best mcm tu.. tiba-tiba lagu “ayat-ayat cinta” bergema di hati awak. kui2.



        itukan fitrah...


        Hmm. kejap ye budak laki.. nak makan sesuatu. nantilah nak re.. rep.. rrrrr.. repl.. reply (eh, nape 
        tersekat-sekat ni? ade yg tak kene la tu awak!) hehe..
        Aha.. ade cokelat la.. Alhamdulillah, yeay! coklat Cadbury! Makan jap eh.. cokelat Cadbury. ade
        seseorang budak laki mane ntah yang bagi tadi. budak class ke awak?? awak 'ter' terima lah sebab
        ada orang datang bagi cokelat tu tiba-tiba, takkan nak halau dia macam tu je (lagipun.. awak kan
        suka jgk kat coklat tu kan. hehe (“,) tapi awak malu sangat2 waktu tu kan.. awak takut
        menularnya fitnah yea?! ok2. so, lepas nie awak akan lebih berjaga-jaga ya! ;) aduh, Cadbury tu
        da cair la awak.. panas kot awak.. ia da cair.

        msti hati awk pn macam tu kan, cair mcm coklat Cadbury bile ada yg mencairkan hati awak. sebab
        awk letak cokelat kat ats meja je kat tempat panas. awk tak jaga cokelat tu.. kan coklat mudah
        cair.. klu awk letak kat tempat sejuk dan bersesuaian, mesti coklat tu akan terus ISTIQAMAH molek
        bentuknye! Hehe.. sbb tu la awak.. awak kena letak elok-elok, jaga elok-elok sesuatu yg mudah
        cair.. macam hati awk.. kalau elok terus dijaga, tak akan terkena lah 'bahang' nya.. tak akan di cair
        semudahnye kan. hehee..

        nasib baik awak teringat kembali..

        hehehe.. itukan fitrah ..

        tup .. tup .. tup ..
        erk!
        “Abang.. Bla.. bla.. bla.. sayang ~ bla.. bla.. bla..”
        huish. awat semacam aje roommate awk tu bersembang dengan abang kandungnya kat tepon??
        ish..ish..ish awk! rase lebih lembut kot suaranya dari kelembutan kuih Seri Muka. hehe. eh,
        awk ni la, baik sangka pulak. bukan abang kandung kot. abang lain kot. hehe. tapi itu la awak,
        sangat-sangat murni hati awak kan, ~menjaga & Husnudzan dalam segenap sangkaan yang muncul
        kan =)

        alamak!! awak pun terganggu lagi. awak rase mesti best kan mcm tu. awak terfikir lagi. hati
        mereka mesti asyik gembira aje. terbelai, termamai, terbuai.. terBUAS. ops! terbuas la pulak.
        Ok2. awk tak suka kan kalau sampai mcm tu! ya! nasib baik awk tak suka kan..
        “Helloooo!! I ingatkan you all dah kawin kalau dah sampai begitu cara nya!! grrr.. grrrrrr..“ 
        ~..wah.. awk bersuara dlm sindiran. hehe. nah! kene “seketul” dari awak. baru tau kan garangnya awak. grrr~..Awk benar-benar bertegas dalam hal ni kankankan! Hehe. bertambahlah tahap
        kecomelan awak lagi. bravo yea awak (“,)
        eh. sekejap! keliru kan, bile awak tengok kawan awak tu macam sama ja dengan awk, pakaian &
        penampilan mcm awak. ada “jawatan-jawatan” jugak kot. bila berkata-kata di luar, dengan ramai-ramai.. ayat-ayatnya “Islamik” bagai.. tapi..
        tapi.. emm.. itukan fitrah.. eh.. fitrah yang menjadi fitnah la!!!
        bolehkah dia berkata lagi pada dirinya yang dia adalah “Gadis solehah yang Comel?”

        hmm.. FITRAH dan FITNAH.

        hmm. sabar yea awak. sbb awak msti nak terus jadi Gadis Solehah yang Comel. kan. awak kena
        jaga molek-molek diri awak tau. sebab awak pun tau betapa BESTnya jadi Gadis Solehah ni
        kan. kerana awak suka sangat-sangat dgn motivasi daripada Rasulullah.. yg selalu awak sematkan
        inspirasinya dengan sabda baginda :

        -------------------------------------------------------------------------------
        "Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang
        solehah." (Riwayat Muslim)
        -------------------------------------------------------------------------------

        alhamdulillah. yeay! awak kembali tersenyum. awak kembali tenang. awak kembali riang. awak
        kembali bersemangat. kerana awak tau.. yang menjadi Insan solehah itu adalah sebaik-baik
        perhiasan di dunia ini. maka awak selalulah diiktiraf sebagai yang terindah. ya, awak adalah GADIS
        Solehah yang COMEL! Yang Terindah! Yang teristimewa! yang paling CUN MELECUN gituuu! =)

        hehe.. senyum sikit awak! (“,)
        (^^,) (^^,) (^^,) alhamdulillah.
        dari tadi lagi kan.. asyik sebut fitrah.. fitrah.. fitrah..
        mengapa awak senang tersentuh? mudah untuk meminati? mudah diganggui hatinya? mudah
        dibua-buai?
        “sebab.. awak ada hati yang sangat lembut & suka sesuatu yang mempunyai nilai yang “cute-cute” betul tak awak?
        disebalik cerita korea, cokelat, baby, kucing, perhiasan & lain-lain yang disebutkan tadi.
        bukan sengaja dikisahkan. tapi ada falsafah yang tersirat tentang ceciri jiwa awak. semuanya
        berkait rapat dengan sesuatu yang membuatkan awak memandang dan terpengaruh akan sesuatu..
        kerana itulah awak mesti kena jadi kuat! selalu menjaga kelembutan itu dengan cangkerang
        keimanan.. ketaqwaan.. kesucian. sebagaimana yang telah menjadi “trademark” awak selama ini.
        Dan dengan kejayaan awak menempuh jerih payah mempertahankan cangkerang itu, keindahan yg
        lain pasti sedang menanti awak.
        macam kisah cinta dlm cerita korea tu, cairnya hati awak macam
        coklat Cadbury tu.. semuanya sememangnya akan hadir jua. kerana itu kan fitrah. semestinya Allah
        pasti menyempurnakan fitrah awak, kerana.. Dia jua telah ciptakan “seseorang” lagi yang turut
        punyai fitrah. tugasnya utk sama-sama sempurnakan fitrah yg tercipta.

        so...

        bolehkah awak berjanji, yang awak hanya menanti “seseorang” itu sahaja? Yang telah dicaturkan
        untuk sempurnakan fitrah-fitrah awak dalam keredhaan? seseorang yang sebenarnya tidak ada
        masa pun menjadi seorang “budak laki pencair hati” bersama SMSnya berulang-ulangan? seseorang
        yang tidak ada masa pun bersama coklat Cadburynya? dan seseorang yang tidak pernah pandai pun
        memperdaya kelembutan awak itu?

        tapi.. dialah seseorang yang masanya di saat ini hanyalah melangkah dan terus melangkah
        menyempurnakan misi-misi agamanya?

        dia lah yang ingin selalu ingatkan awak..
        selalu bermujahadah & menantikan awak..
        dan dia lah “seseorang” yang pastinya menunggu awak..
        kerana..
        dialah Lelaki Soleh yang hanya inginkan awak.. si gadis solehah yg Comel !! =)

        (( hehe.. senyum yea awak! BEST sangat-sangat kan Janji-janjiNYA )

        P/s : Ingatan buat semua si gadis solehah yang comell !! ;)

        2october 2011 hari bahagia!




        pang! pang! kopang! kopang! kopang! kopang! kopang! kopang! gebushh! kopang! kopang! kopang! gebushh! kopang! kopang! kopang! gebush!! kompang dipalu .. pengantin baru! duduk bersanding tersimpul malu. kompang dipaluu .. pengantin malu! oke aku lupe lirik. hik3. aku kawin?!  OMG ~!
        soryla aku xjemput kalian sume. maap yaw pacek macek sedara mara, sahabat, kawan semua. rahsiaa. buat kecil-kecilan je. da sminggu lepas da pon & da pi honeymoon. bestt aku honeymoon pi korea! hoho*dlm mimpi je. berangan  nk pi sane kononnye.


        dah2. jgn mengade nk gosipkan aku ek. tu tarikh aku jenjalan jek pi benua utara dari benua selatan.
        da lame xjalan-jalan. sajela aku gedik nak ikut. penat jugak la duk dalam kete walau bukan aku yg drive. kalau aku yg drive, aku xtawla smpai mane, tinggal ape jee, elak tinggal stereng jee kunk lau aku yg drive! hebatkan?? tu yg aku taknak drive, bagi jela abg aku yg drive. dy nak drift ke ape takpe. takpe? mau kene ketok dgn ayh aku lau drift. dari johor smpai kedah, tolak campur darab bahagi perpuluhan semua adela lebih kurang 125894063 jam!! Eh, 7jam perjalanan jelaa cmpur bape kali henti rehat pon aku xengat da. smpai kedah cm biasela kan, ronda2 kedah dulu. cuci mate, ngorat pkwe hensem dlu. pic xclear sgtla, so, aku mlsla nk upload, malas nak edit sebenonye.hihi.


        eh, tujuan sbnrnye aku ikut ayah aku dan abg aku pi konvo akk aku lerr kat kedah tu! akk aku da konvo da, tpi aku? jgn ckpla. mmg ade niat nk smbg stdy tpi .. tggu rezeki aku pulak. doakan-doakan aku yek! insyaAllah ^_^


                                                             budak pendek -__-''


        heppp!! diam!! jgn dok bising kutuk pic tuu. jgn pndg rupa yg semntara tpi pandangla hati yg murni dia. cewah! hoho. picture gn my sis ade, nantila aku letak ek. actualy, byk pic tpi sume tersangat-sangat cntik pulak. camerawoman tu agk 'pndai' snap picture. jujur mmg mud aku xbape okay bile tgk sume pic tuu. tpi redha jelaa. picture mase onway pi sane ade jugak sikit, tpi lom dicantikkan pulak, almaklumlaa aku bukan kaye nak bli camera yg mahal-mahal, dslr tuu. ala, gune camera biase pun kire okay gak pe dari langsung takde. kan? ape yg ade gune jee. xpyh nk kecoh, cerewet bagai. bersyukur ape yg ade =)