kenapa mesti menangis?



bila salah tu bukan salah kau sepenuhnya?
kenapa mesti menangis.
kalau air mata tak mampu dicurahkan juga?
kenapa mesti menangis.
kalau hati tetap terasa sakitnya?
kenapa mesti menangis.
kalau hanya nak melepaskan segala derita?
kenapa mesti menangis.
kalau tangisan tak memberi makna?
kenapa mesti menangis.
kalau air mata itu sangat berharga?
kenapa mesti menangis.
kalau tangisan tiada yg sudi mendengarnya?
kenapa mesti menangis.
untuk diaa yg tatau hargainya?
kenapa kau mesti menangis,
untuk dia yg tak pernah mencinta?
kenapa mesti menangis.
kalau tahu hanya membazir saja?
kenapa mesti menangis.
untuk insan bergelar manusia durjana?
kenapa mesti menangis.
kalau rasa derita tak kan pulih semula?
kenapa mesti menangis.
bila diaa pergi tinggalkan kitaa?
kenapa mesti menangis.
kalau bukan untuk keluarga?
kenapa kita menangis.
bila hati rasa terlukaa?
kenapa kitaa menangis.
hanya untuk mereka yg kita cinta?







air matamu sangat berharga.
jangan lepaskan ia tanpa sebab yang sia-2.
kalau tidak,
mengapa air mata seorang ibu boleh membawa kita ke neraka.
bernilainya air matamu wahai wanitaa.
nangis lah, nangis sepuasnya.
nangis sampai bengkak kedua mata.
tade gunaa kalau sakitnya tetap terasa.
kenapa mesti menangis?
kalau masih kuat pegangan jiwa.
kalau masih mahu menangis.
menangis lah, menangis untuk-NYA.
yang pasti menenangkan jiwa.
menangis memohon keampunanNYA.
bukan menangis memohon keampunan si dia.
tangisan itu banyak makna.
berdoa dan menangis  lah jika lihat org lain menderita,
kerana kitaa tak mampu berbuad apa-apa.
menangis lah memohon kepada-NYA.
kerana hanya doa yg mampu menyelesaikan segala.


Ya. Kamu memang Ego


Cuba kita duduk mengelilingi unggun. Kita perhatikan api yang awal tadi hanyalah sekelumit cuma. Api dihidupkan dengan perbuatan mengguris. Batu yang digosok-gosok bersama kemudian melahirkan percikan api. Dari percikan itu ia mengenai gumpalan cebis kayu. Lantas, kayu pun terbakar.

Itulah ego manusia, secara andaiannya.

Ego adalah nafsu, ia berkehendakkan perhatian. Semua manusia punyai ego, tidak seorang pun terlepas dari sifat tersebut. Adakah aku, kamu dan mereka ego? Ya, benar. Kita semua punyai ego.

Manusia, baik dia yang berada di atas atau di bawah, pandai atau jahil, kaya atau miskin, kuat dan lemah, semuanya punya sifat ego. Mereka panas baran. Mereka mengherdik, memaki hamun, marah itu dan ini.

Kerana ego itu punya nafsu berkobar, menginginkan khalayak bersetuju dengan dirinya, ia akan melakukan apa saja. Baik apa saja yang terlintas di fikirannya. Sebab itulah manusia yang sedang marah, jangan kamu merapatinya. Lebih baik berdiam diri, kerana beberapa ketika nanti ego insan tadi akan mulai mengecil. Dia akan kembali berada di atas landasan sebenar. Kemudian dia akan tersedar dari lamunan impian tingginya. Dia lantas meminta maaf, 'Maafkan aku atas kekasaranku tadi, aku tidak bermaksud untuk menjadi ego.'

Ego itu sifatnya panas. Ia terletus akibat tindakan provokasi, seolah dua batu yang bergeser tadi, menghasilkan cetusan api marah, kemudian diikuti dendam.

Apabila kita melihat manusia sedang ego, atau dalam keadaan terpukau dengan rasa egonya, hendaklah kita 'mencurahkan' kasih sayang kita kepadanya. Jadilah seorang pendengar yang baik. Angguk sekiranya perlu. Namun, bukan dalam intonasi kita bersetuju dengannya. Kita mengaitkan bahawa, segala sesuatu itu, adalah asal sifatnya tenteram. Juga kita khabarkan kepadanya, mungkin dalam satu isyarat tersirat, mengingatkan dia tentang asal-usulnya.

Moga api kemarahan itu akan lenyap dan keegoan itu akan berlalu pergi. 'bak layang-layang terbang tanpa talinya'.

p/s : kawal lah kemarahan itu dan buang sejauh mungkin perasaan yg tidak sepatutnya ada di dalam diri kita, kerana ia amat bahaya untuk aku, kamu dan mereka. Ingatlah bahawa dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang, basahkan lidahmu dengan Zikrullah, lembutkan hatimu dengan Kalamullah, Moga Allah sentiasa bersamamu. =)


"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia." ( Surah Ar-R'ad : Ayat 28 )


kawan | bukan lawan |


saya nak kawan ..
yang boleh ketawa sama-sama tak kisah betapa kuatnya saya ketawa.

saya nak kawan ..
yang tahan tengok saya nangis tak kisah berapa lama.

saya nak kawan .. 
yang masa senang dekat dengan saya bukan kerana apa saya ada.

saya nak kawan ..
yang masa saya susah tetap ada tenangkan saya.

saya nak kawan ..
yang mampu layan apa jek saya cerita.

saya nak kawan ..
yang boleh berimaginasi macam saya.

saya nak kawan ..
yang boleh buat saya ketawa bila itu bukan masanya.

saya nak kawan ..
yang bila sedih dia boleh buat lawak apa adanya.

saya nak kawan ..
yang dalam diam dia sentiasa mendoakan saya.

saya nak kawan ..
yang bila senyumnya dia kerana saya bahagia.

saya nak kawan ..
yang terasa sakit seperti saya rasa.

saya nak kawan ..
yang tahu buruk - baiknya saya.

saya nak kawan ..
yang tak segan dengan rupa dan perangai saya.

saya nak kawan ..
yang boleh bawak bergaduh dan reda semula.

saya nak kawan ..
untuk kongsi semua suka dan duka.

saya nak kawan ..
yang faham siapa saya ada dia.

saya nak kawan ..
yang hargai saya apa adanya.

saya nak kawan ..
yang pimpin saya ke syurga bukan neraka.

saya nak kawan ..
yang ajar saya untuk berjaya.

saya nak kawan, yang sayang saya.